Monday, April 11, 2011

Kerana Dikau Lelaki


Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tidak terkira,
Kini,
Bila Disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga dan melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki pengkhianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita.
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka semua,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu,dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tidak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan agama dan ummah,
Al-Farouq, Zunurian mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup bunuh- membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak-puak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.


Kembalilah saudaraku,
pada kelakianmu,
Aku rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah baginda saw.

No comments:

Post a Comment