Friday, June 11, 2010

Pengajaran yang ku dapat hari ini..

Sudah lama tak meng'update' laman albiruni ni..kekangan masa dan kemudahan menjadi faktornya..entry kali ni bukanlah nak membebel panjang,cuma nak berkongsi 1 kisah yang ana baca dalam buku How to win Friends and Influence People,dalam bab 1 iaitu prinsip pertama mempengaruhi orang yakni 'Elakkan mencerca,mengkritik atau mengeluh'..Kisah ini dipetik dari ucapan seorang ayah kepada seorang anak yang disayanginya.

Ayah Juga Lupa~ karya W.Livingston Larned

" Dengar anak ku ,Ayah hendak berpesan pada saat kamu terbaring tidur dengan sebelah tangan kecilmu terletak di bawah pipimu dan rambutmu yang kerinting terlekat pada dahimu yang lembap.Ayah menyelinap masuk ke dalam bilik tidurmu.Baru beberapa minit yang lalu,ketika ayah membaca surat khabar ,perasaan kesal yang mendalam datang menerpa.Dengan perasaan bersalah,ayah datang menghampiri katilmu.

Ada pelbagai perkara yang ayah fikirkan.Anakku selama ini ayah bersikap kasar padamu.Ayah membentakmu ketika kamu sedang berpakaian ke sekolah kerana kamu hanya menyeka mukamu sekilas dengan tuala.Ayah menghukum kamu kerana kamu tidak membasuh kasutmu.Ayah menjerit marah ketika kamu membaling barangmu ke lantai.

Semasa sarapan,ayah mencari kesalahnmu.Kamu menyembur makananmu.Kamu menelan makananmu tanpa kunyah dahulu.Kamu meletakkan sikumu diatas meja.Kamu menyapu banyak mentega di atas rotimu ddan apabila kamu keluar bermain ayah meninggalkanmu di stesen kereta api,kamu berpaling dan melambaikan tangan sambil berteriyak "Selamat jalan ayah". Ayah mengerut lalu menjawab "Tegakkan bahumu"

Kemudian semua itu berulang lagi pada waktu petang.Ketika ayah menyesuri jalan,ayah menghendap kamu yang sedang membongkok dengan kedua-dua lututmu di atas tanah,bermain guli.Ada lubang pada stokinmu.Ayah memalukanmu di hadapan kawanmu dengan memaksa kamu berjalan tanpa kasut pulang ke rumah.Bayangkan itu anakku,itu yang keluar dari mulut ayah.

Adakah kamu masih ingat ketika ayah sedang membaca di perpustakaan,bagaimana kamu datang dengan perasaan takut-takut dan sinar luka yang terpancar di wajahmu ?Ketika ayah mengangkat muka sewaktu membaca surat khabar,terganggu dengan kehadiranmu,kamu teragak-agak di hadapan pintu "Kamu hendak apa?" jerkah ayah.

Kamu tidak berkata sepatah pun melainkan berlari dan melompat ke riba ayah.Kamu memeluk ayah dan mencium ayah.Tanganmu yang kecil memeluk dengan erat dan hangat.Kehangatan yang tuhan tetapkan begitu mekar di hatimu dan sebarang pengabaian pun tidak dapat melunturkannya.Kemudian kamu pergi dan ayah terdengar derap tapak kaku kecilmu menaiki tangga.

Anakku seketika selepas itu,surat khabar jatuh dari tangan ayah dan ketakutan menyelubungi ayah.Apakah tabiat yang ayah lakukan?Tabiat mencari kesalahan dan cercaan.Ini adalah hadiah ayah buatmu sebagai anak lelaki ayah.Ini tidak bermakna ayah tidak menyayangimu.Ayah lakukan ini semua kerana harapan ayah yang tinggi sejak muda lagi.Ayah mengukur dengan kayu ukur yang terhasil daripada tahun-tahun yang ayah lalui sendiri.

Sebenarnya banyak sifat baik dalam tingkah lakumu.Hati yang luhur milikmu sebesar fajar yang memayungi bukit-bukit yang lua terbentang.Semua itu kamu pamerkan dengan sikap spontanmu ketika kamu berlari masuk dan mencium ayah sambil mengucapkan selamat malam.Tidak ada lagi masalah malam ini anakku.Ayah sudah datang ke katilmu dalam kegelapan malam dan ayah sudah berlutut di dalam bilikmu dengan perasaan malu.

Ini adalah penyesalan yang cetek.Ayah tahu kamu tidak mengerti hal-hal sebegini apabila ayah memberitahumu ketika kamu terjaga dari tidur.Tetapi keesokan harinya ayah menjadi ayah sejati.Ayah berkawan rapat denganmu dan sama-sama menderita bersamamu apabila kamu derita,dan ketawa denganmu apabila kamu ketawa .Ayah mengigit lidah ayah apabila kata-kata ayah boleh menyinggung hatimu.Ayah terus menyebut kata-kata ini setiap hari "Dia cuma anak kecil.Anak lelaki kecil".

Ayah risau kerana sudah membayangkan kamu telah membesar menjadi lelaki dewasa.Namun saat ayah memandangmu sekarang anakku,yang sedang merengkok berbaring dan letih di atas katilmu,ayah lihat kamu masih bayi.Tidak lama dulu kamu masih dikendong oleh ibumu,kepalamu terlentuk di atas bahu ibumu.Banyak ayah harapkan.Tidak terkira banyaknya."

The End.....

Banyak tafsiran dan pandangan yang boleh kita ambil dari kisah ini..Saat ana membaca kisah ini,hati terasa sebak..entah dimana bahagian sedihnya..tetapi keseluruhan kisah ini membawa ana pada satu dimensi, betapa besarnya harapan seorang ayah terhadap seorang anak.Anak yang sedari kecil dijaga dengan penuh kasih sayang.Segala jerih perih penat seharian bekerja seorang ayah terubat apabila anak-anaknya membesar menjadi anak yang soleh dan solehah.

Tetapi sedarkah duhai anak-anak? adakah kita menunaikan impian mereka? Menjadi anak yang menjadi kebanggaan mereka? Atau kita hanya bersenang2 dengan wang yang diberikan ibu bapa.Tetapi entah ke mana wang itu dibelanjakan..

Jika seorang ayah mampu menukirkan sebuah ucapan sedemikian rupa, apakah seorang anak mampu melahirkan kekesalan sedemikian rupa terhadap kesalahan demi kesalahan yang dilakukan terhadap ibu bapa?

Bayangkan seorang ayah sanggup meletakkan di tepi egonya sebagai seorang ayah lantaran menyedari kesilapan kecilnya, tetapi seorang anak adakah mampu melakukan sedemikian rupa? Tepuk dada tanya iman.

Ana akui ada antara kita sebenarnya malu untuk mengucapkan sayang pada ibu bapa walaupun pada hakikatnya mereka sayang pada ibu bapa.Paling tidak zahirkanlah melalui perbuatan.Tidak ada ruginya.Adakah kita hendak menunggu tubuh itu kaku baru kita hendak menzahirkan kasih sayang kita? ( TAKNAK!!)

Hargailah orang sekeliling yang masih berada disekeliling kita.Zahirkanlah penghargaan dari cercaan.What you give you get back!


p/s: Tebal juga nak habiskan buku ni.Tapi sangat best jadi xkisah la..Sebenarnya masa baca ucapan ni nak nangeh rasa sebab membayangkan budak kecik yang tak tau apa2 kena marah..isk..isk..sedihnya..tak bersalah apa pun..
Tapi bila pikir2 dalam lagi teringat ayah pulak..Ayah takdak la garang macam pengarang kissah tadi..Teguran datang secara hikmah..Bila tengah down atau buat kesilapan,bukan marah yang diterima,tapi teguran yang membina,nasihat dan kata-kata semangat. Teringat lagi satu mesej yang dapat dari ayah masa tengah down dulu.

" Kakak teruskan usaha yang separuh jalan tu.Insyaalah bantuan dari Allah akan datang menyusul.Sayang Allah pada hambaNya melebihi sayang seorang ibu terhadap anak kecilnya yang baru dilahirkan" Subahnallah!!

Sayang Abi wa Umi :)

1 comment: