Saturday, February 13, 2010
Siapa idola kita?
Teringat ana beberapa malam yang lepas atau lebih tepat lagi seminggu yang lepas,di malam perasmian logo Kelab Fasilitator Darul Quran,barisan MT dan KU KEFDA ditaklifkan untuk mencari nama samaran bagi setiap diri masing-masing(ingatkan nak buat apa,rupanya ....hui suspen2x...)
Maka bermulalah episod pencarian nama samaran masing2..
Bermacam-macam nama yang keluar..ada yang nak nama Anna Altofunnisa,Syaima',Hurul Ain( which is me),Ummu Hani,Syifa', Syaima',Nusrah,Ummu Sulaim,Zinirrah pun ada,tapi ditukar kerana merasakan terlalu hebat untuk meminjam empunya nama tersebut dan macam2 lagi..nasib baik xkeluar nama Dr M.......
namun nama yang ana paling tertarik untuk dikongsi pada hari ini adalah ZINIRRAH...
Ramai antara kita yang kenali nama ini kerana nasyid yang didendangkan oleh UNIC..Ramai jugak yang tertukar antara kisah Zinirrah dan kisah Rabiatul Adawiyah..Hari ni ana nak berkongsi sedikit pengetahuan tentang kisah sebenar srikandi ini..
Jom ...
Wanita mithali ini bukanlah terkenal kerana kecantikan
atau kebangsawanan. Dia memang tidak memiliki kecantikan atau kekayaan.Dia hanyalah seorang hamba kepada Umar al-Khattab sebelum keislamannya.namun dia memiliki aqidah
tauhid yang menebal pada zaman penentangan Islam.Biarpun fizikal wanita ini
diseksa dgn berbagai-bagai kesakitan, penderitaan & kesusahan tetapi hatinya
tetap kpd Allah swt. Dia menerima penyeksaan itu walaupun tubuhnya hancur akibat pukulan demi pukulan, sepakan terajang & hantukan. Namun, demi Islam dia tidak akan menyerah kalah.
Zinnirah, begitulah indah namanya, mungkin tidak ramai
yg tahu kisah ketabahan & keagungan cintanya kpd Allah swt. Wanita
ini tidak punya ijazah, tidak terkenal di dunia, tidak mempunyai harta apalagi
memiliki pangkat yg besar. Namun, Allah swt memuliakan dan memberi
penghormatan yg tinggi kepadanya.
Dunia dan segala isinya bukan lagi matlamat. Sekalipun dilonggokkan emas
sebesar Bukit Uhud, dia tidak akan menukar aqidah yg
telah bertunjang di hatinya. Menurut riwayat islam, Zinnirah adalah di antara org yg awal memeluk Islam.Zaman awal Islam penuh cubaan. Sesiapa
yg memeluk Islam, tidak seorang pun bebas drpd pelbagai penderitaan, kecaman,
kata nista dan penindasan. Zinnirah mengalami itu semua. Wanita berbangsa Rom ini telah ditawan dan dijual di Kota Makkah. Kemudian Umar al-Khattab membelinya dgn
harga yg murah utk dijadikan hamba, seterusnya menjadi
tawanan tuannya.
Pada peringkat awal, Zinnirah cuba menyembunyikan pengislamannya drpd diketahui oleh Umar. Dia melakukan ibadah ketika org lain tiada di rumah atau pada waktu tengah malam ketika org lain sedang nyenyak tidur. Namun, lama kelamaan amalan solehahnya dapat dicium oleh musuh.
Sudah tentu org yg paling marah ialah tuannya sendiri
iaitu Umar. Siapakah yg tidak kenal dgn Umar al-Khattab yg terkenal dgn
sikap kejam, bengis, ganas, garang, tidak berhati perut, tidak berperi
kemanusiaan itu. Umar terus menampar Zinnirah, menendang, mengikat kedua
belah kai tangan Zinnirah. Kemudian, dijemur di tgh panas mentari.
Bayangkanlah antara seksaan yg dihadapinya. Sungguh panas padang pasir
pada waktu siang dan terlalu sejuk pada waktu malam, badannya dihempap dgn
batu besar dan 1001 macam penyeksaan yg diterimanya..(tabah betul srikandi ini,aku cmne la?)
Dalam keperitan fizikal, Zinnirah masih mampu menguntum senyuman. Hatinya
tidak putus-putus mengucapkan " Allah, Allah, Allah,
Allahu Akbar, Allah lah
yg Maha Besar ". Dan hatinya berbisik, " Ini untuk-Mu wahai Tuhan, aku
membeli kesusahan ini utk mendapat kesenangan di
akhirat ".( cepat iadah,surah apa ayat berapa ni)
Begitulah ungkapan katanya yg menjadi penawar utknya.
Kemuncak penyeksaan yg diterima oleh Zinnirah ialah
matanya dicucuk dgn besi tajam dan akhirnya gelaplah seluruh pandangan. Hatinya masih mampu berbisik," Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku lebih rela daripada menjual agama-Mu ini Tuhan. Semakin aku diuji, semakin terasa
kehebatan dan keagungan-Mu Tuhan. Panahan cinta dari-Mu itulah makin
menguatkan diri ini utk menerima apa shj. Cuma satu permintaanku, berilah petunjuk kpd org yg menyeksaku ini.(MasyaAllah hebatnya!!!)
Ternyata doa org teraniaya ini makbul. Akhirnya Umar memeluk Islam setelah
mendapat hidayah Allah swt melalui adiknya, Fatimah.
Malah Saidina Umar menjadi sahabat yg tergolong Khulafa
Arrasyidin...Sifat pembengisnya bertukar menjadi lembut, garang bertukar kpd pemaaf,
bakhil bertukar pd pemurah,tidak berhati perut kpd bertimbang rasa, gila
dunia kpd gila akhirat.
Kembali kpd Zinnirah, walaupun matanya buta utk melihat alam maya tapi
hatinya tidak buta utk menerima cahaya kebenaran Islam. Pandangan hati boleh menembusi pandangan zahir. Apabila melihat keadaan Zinnirah, org-org Quraisy cuba mempermain-mainkannya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana menerima laknat dari Tuhan mereka iaitu, latta dan Uzza.
Zinnirah menolak penghinaan itu. Baginya kedua berhala itu tiada sedikitpun
kena mengena dgn matanya. Dia cuba meyakinkan mereka bahawa masalah buta itu
adalah dtg drpa Allah swt. Maka Allahlah yg berkuasa mengembalikan
pancainderanya seperti biasa.
Berlakulah sedikit kekecohan, org-org Qurais mencabar Zinnirah kerana mempertahan dirinya. Umar pula sudah berhenti menyeksa kerana bosan melihat ketabahan hatinya.
Hambanya tidak mahu sedikitpun berganjak drpd keimanan kpd Allah swt. Tiada
siapa yg boleh menolak ketentuan Tuhan. Apabila Allah swt mengambil sekejap
nikmat mata, kemudian memulangkannya semula kpd Zinnirah. Allah swt menggantikannya dgn mata yg lebih baik. Zinnirah bolehmelihat seperti biasa, lebih terang drpd matanya yg asal. Demikianlah pertolongan Allah swt kepadanya bagi menguatkan lagi keimanannya. Tidak lama kemudian, Saiyidina Abu Bakar dtg menyelamatkan Zinnirah dgn membelinya dgn harga tinggi. Terselamatlah dia drpd menjadi penindasan org-org
kafir.
Di antara sifat wanita yg solehah ini, dia sentiasa merasa Allah swt memerhatikan dirinya, setiap detik dan saat. Apabila nafsunya mengajak berbuat sesuatu perkara yg mungkar, segera pula hatinya bertindak balas dgn mengatakan Allah swt Maha Melihat..(Kita pula bagaimana..??) Nafsu yg mahu berbuat segera ditepis dgn
katanya," wahai nafsu mengapa engkau tidak takut dgn
neraka?".
Hati Zinnirah sentiasa terpimpin, begitu juga dgn akhlaknya. Hasilnya, hati
dan jiwa merasa aman drpd kongkongan hawa nafsu.Kemerdekaan jiwa inilah yg
diperolehi oleh Zinnirah, wanita yg tidak terkenal di dunia tetapi terkenal
di langit.
Jadilah kita wanita yang bukan dipandang oleh manusia lantaran kecantikan,kehebatan berpidato mahupun keayuan yang menjerat hati tapi marilah berusaha menjadi wanita solehah yang dipandang disisi tuhannya..
Marilah kita berazam dgn membulatkan sepenuh pengharapan memohon pada Allah
swt supaya sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah.Sekiranya diuji dgn
pelbagai dugaan biarlah hati kita setabah Zinnirah.Biarlah iman kita sekuat
dirinya. Biarlah hati kita terus celik...
Inilah idola kita, Zinnirah....
p/s; Better late than never...kalau tak dapat tiru semua,jgn tinggal semua..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
http://viewphoria-nothingman.blogspot.com/
ReplyDeletesalam ukhwah...nice blog ..very pink :)