Friday, December 25, 2009

Kadang kita amik mudah..

Kadang kita terlepas pandang soal hubungan antara lelaki dan perempuan ni.Kalau zaman sekolah dulu..ni xboleh..nu xboleh..tp bila dah masuk alam kampus ni,semakin banyak yang dilonggarkan dengan berbagai alasan seperti mengikut waqi'..ya betul..tak dapat dinafikan..cuma kadang kite tak sedar,kite juga boleh membentuk waqi' tak semestinya kite mengikut waqi'..Ana bukanlah golongan yang syadid sangat dalam muamalat ni..cuma sekadar Perkongsian...ini sekadar yang ana tahu...yang ana tak tahu harap pembaca sekalian tolong tambah yang salah tolong betulkan.




Ada 2 hukum amali ke atas mukallaf yang diberi tanggungjawab ad-din padanya.
1.Hukum Taklifi
2.Hukum Wad'i

1.Hukum Taklifi : Yaitu hukum yang ada kesan dan akibat terhadap mukallaf

padanya ada 5 perkara:

1.Haram : Buat dapat dosa..tinggal dapat pahala
2.Makruh: Buat tak dapat ape,tinggal dapat pahala.
3.Wajib : Buat dapat pahala,tingal dapat dosa.
4.Sunat : Buat dapat pahala,tinggal tak dpt ape.
5.Harus : Buat sesuatu mendapat pahala mengikut niat kite.

Selesai yang pertama..Untuk thabit sesuatu hukum taklifi pulak harus dilihat pada hukum wad'i nye..bukan blh main pukul rate je..

2.Hukum Wad'i : Yaitu sesuatu yang menjadikan ada atau tiada sesuatu hukum taklifi.

padanya ada 5 perkara harus dilihat sebelum kite blh letak sesuatu hukum taklifi:

1.Sebab : Sifat atau keadaan yang menjadikan adanya sesuatu hukum
2.Syarat: Perkiraan yang boleh menyebabkan terjadinya sesuatu hukum
3.Mani' : Perkara yang menghalang berlakunya sesuatu hukum
4.Rukhsah dan azimmah : Keringanan dan asal berlaku sesuatu perkara yang dituntut syara'
5.Sah dan Batal : Keadaan yang menentukan terlaksananya hukum taklifi tadi.




Lihat betapa hikmahnya islam..sebelum sesuatu hukum dijatuhkan betapa kemas dan terperincinya syarat2 yang diletakkan..Islam itu mudah..jangan kita memudah2kan Islam.

Kita amik quote rukhsah dan azimmah..
Rukhsah dan azimmah ni bukanlah pilihan ke atas kita..Maksudnya bukan atas kita nak pilih bila kita nak amik ringan satu benda atau amik syadid satu benda..Rukhsah ni automaticly akan berlaku bila azimmah tadi tidak berlaku..Di dalam suatu biah islam di mana ahlinya terdiri dari golongan yang diberi sinar ilmu agama di situ jatuh hukum azimmah ke atas mereka dalam tindak tanduk mereka..Maknanya jika berlaku sesuatu perkara amik pemberatan dahulu..




" Demi Allah ,bukanlah suatu yang mudah untuk terima perintah Allah.Ramai yang gagal dalam penerimaannya..Kalaulah hendak ikutkan nafsu,kita pasti cenderung mahukan apa yang kita mahu sehingga kita berdolak-dalih dalam hukum-hakamnya.

Buatlah apa yang kita suka cuma ingatlah "illa tansuruhufaqod nasorohullah" (jika kamu xmaw bantu agama Allah cukuplah Allah membantu, at- taubah)

Hai ahli agama, kiranya apakah yang lebih patut bagi kita berbanding mengikut kemahuan Allah??




Point nye cmni je...azimmah ni jatuh sekiranya min n mat ni jelas fikrah islam dan sekiranya suatu kawasan merupakan biah islam...Sebab tu la di malaysia ikhtilat boleh berlaku..tp xkn lah ahli agama pn terus memilih rukhsah tanpa mengambil kira haramnya bergaul lelaki dan perempuan yang jelas?? Rukhsah ni bukan kita yang pilih...tp ianya terjadi sekiranya azimmah x berlaku..kalau rukhsah berlaku sekalipon ia perlu dilihat kepada perkara yang menjadi keperluan..

Hem keperluan tak sama dengan perlu..Perlu lebih kepada kehendak.kehendak pulak bergantung pada niat kita time tu..cnth keperluannya adalah makan untuk terus hidup..makan je lah apa pon..tp kehendak ni cnth "aku nak makan nasi ayam" ..itu kehendak..Perlu ke makan nasi ayam supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup?? x kan? makan nasi kosong pon boleh kn> jadi keperluan di sini adalah makan..bukan makan nasi ayam..

Keperluan hanya berlaku pada 15 perkara ni..antaranya dalam gerak kerja islam,dalam urusan menuntut ilmu ( yang study group lelaki dan perempuan sila check balik aspek hukum taklifi dan wad'i, aulawiyat dan qawaid fiqiyah,sad zara'i..jgn hentam keromo je) dalam kenderaan awam n lain2 yang xdapat dielak..Semak Ab Karim zaidan..




Ikhtilat antara lelaki dan perempuan asasnya haram.Jelas.Tiada khilaf.Cuma dibuka ruang rukhsah pada 2 keadaan iaitu pada perkara mudhorat dan perkara keperluan seperti yang disebut tadi..

Perkara mudhorat ni sebagai contoh, seorang perempuan berseorang di stesen bus pada waktu malam..maka dikhuatiri berlaku rogol dan sebagainya,,maka pada waktu itu boleh jika ada lelaki yang diyakini menemannya untuk menjaga keselamatannya..

Berbalik kepada hukum taklifi tadi..dari konteks memberi pertolongan antara yang bukan mahram,maka harus dilihat kepada keperluan yang sangat mendesak..rujuk 15 perkara keperluan tadi.. Jika sekadar suka2 atau niat nak tolong makaeloklah diutamakan kaum sejenis dahulu..Andai kata dah xda kaun sejenis yang boleh tolong maka fikirkan 1 wasilah lain yang x akan menimbulkan fitnah..Sebabnya antara memberi pertolongan dan elak fitnah,maka elak fitnah itu lebih wajib.Al-Ahzab ayat 53. Antara manfaat dan menolak mafsadah,maka menolak mafsadah itu lebih utama..itu dari sudut fiqh aulawiyat..semua dah ma'ruf..tinggal timbangan antara nafsu dan iman je..kalau dari sudut usul fiqh pulak kita ambil pendekatan sadd zara'i..tolak mafsadah lbh perlu berbanding amik manfaat ..atau pun sng cite elak awal2 perkara yg blh mendatangkan keburukan..



Contoh kalau lah perkara menolong itu boleh mendatangkan masalah hati di kemudian hari,maka elak kan,tapi kalau cukup yakin hati dah kebal,silakan..Prinsip yang cukup mudah.Bersederhanalah dalam apa2 urusan sekalipon kerana islam itu menuntut di pertengahan.


<

Kita boleh berpegang pada hukum taklifi tp ingat hukum taklifi bukan boleh tampal mcm tu je tanpa amik kita faktor lain..Apa yang penting kembali kepada dalil yang jelas
"wala taqrabu zina"


jgn cuma guna akal n pertimbangan kita sahaja kerana dalil al-quran lbh kuat untuk kita pegang.




Masalah ni sebenarnya virus dalam pendokong gerakan islam.Terlalu amik enteng soal ni dgn alasan hendak memudahkan gerak kerja..Betul kita nak keserasian dalam bergerak kerja tp chek balik .Sebab hanya diri kita ja yang tau apa sbnrnya yg tersirat..Ramai sebenarnya tak sedar dan kalaupun sedar ,tutup sebelah mata.Ana x kata semua,mungkin ana pn tergolong dalam kalangan tersebut..

Iman ni yazid wa yankutz



..ada naik turun..time kuat,ingatkan lah pada yg lupa..time lemah,kawan yang nampak ni tolong lah ingatkan..masing2 perlu ada rasa tanggungjawab.





Sesungguhnya ilmu pada diri menjadi saksi yang jelas pada akal mahupon nafsu

"Ya'lamu khainatal a'yuni wama takhfil sudur"

Allah lebih tahu pengkhianatan mata dan rahsia hati...









Sekadar perkongsian..tanzur ma qola wala tanzur ila man qola..ana insan dhaif yang perlukan mecanic utk membaiki diri..

salam

1 comment:

  1. Salam :

    Ada seorang sahabat menegur tentang kedudukan syabab dan akhawat di dalam kelas dan skop pergaulan mereka, lalu bangun seorang pelajar yang penuh ilmu di dadanya..lantas berhuja...:

    Kenapa nta tak larang ikhtilat yg berlaku depan kaabah tu...? sini, kami taulah macam mana nak jaga, kami tau la nak jaga AHTI kami...jangan nak sebok2 dengan bende3 kecik ni..."

    Fiikir2kan...dimana silapnya...


    PEMIKIRAN DAN SENSITIVITI

    ReplyDelete